Popular Posts

Thursday, April 14, 2011

Search

Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.

1 Biografi
1.1 1981-88: Permulaan
1.2 1989–1997: "Fenomena" Search
1.3 1998–2001: Perpecahan
1.4 2003–kini: Bersatu semula
1.5 Perkembangan semasa
2 Diskografi
2.1 Album studio
2.2 EP
2.3 Album live
2.4 Album kompilasi
3 Anugerah dan penghargaan
4 Rujukan
5 Pautan luar

[sunting] 1981-88: Permulaan
Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.

Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985)[1], Langit dan Bumi (1986)[2], dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.

Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]

Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.

Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.[4]

1989–1997: "Fenomena" Search
Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya.[7] Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.[7] Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.[8]

Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.[4]

Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma.[9] Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.[8] Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cinta Isabella,[4] yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".[10] Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.[11] Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.[4] Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.[9]

Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.[12] Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai[13], sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.[4]

Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.

Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama Awie dari kumpulan Wings menerima potongan rambut dari Menteri Penerangan ketika itu, Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV penyiar awam itu.[15] Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.[16]

Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Amy[17], gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "Fantasia Bulan Madu" yang dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Feel the Pain".[18] Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.[17]

Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic[19], sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, satu EP remix dan satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh[20] dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.[8]

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.[21] Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage.

1998–2001: Perpecahan
Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.[23]

Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.[24] Pada tahun 1999, penyanyi Moq dan gitaris Shah dibawa masuk ke kugiran ini untuk menyempurnakan Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 sewaktu album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

2003–kini: Bersatu semula
Setelah beberapa tahun tak bersua, nama Search dihidupkan kembali dengan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28]

Pada awal tahun 2006, media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30]

Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur. Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos. Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35] peminat.

Perkembangan semasa
Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41]

Tuesday, March 29, 2011

Shy8 a.k.a Usop Wilca (Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Dialog Usop Wilca dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah…”awak esok.. kalao kawen.. awak nak buat pelamin seme pink!! , pastu kalo awak dah ada anok esok.. awok nak buat press conference macam si Erra pazira buat tu..! bior seme pink! “!! beriye dia citer.. awie kt sebelah geli geleman mendengor nya..! hehehe!!
awak=saya dalam bahasa perak

Usop Wilca

Ingatkan watak Usop Wilca ni? Usop dalam Zombi Kampung Pisang dah jadi Usop Wilca.
Siapa Usop Wilca watak dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni yang telah mendapat kutipan 8.12 juta..cer cerite… cer cerita…hehe!!
Nama sebenar dia Syed Mohamad Asri atau (Shy8), dia terlibat dalam dunia lakonan apabila Mamat Khalid suruh dia berlakon dalam Zombi Kampung Pisang. Kata Shy8 dia ni pemalu sebenor nye bila depan kamera, sebab dia tak biasa berlakon. Tengok la ni…kemain lagi… watak Usop Wilca semakin dikenali dan diminati ramai kerana watak lembut yang dibawak dalam Hantu Kak Limah dan Zombi Kg Pisang.
Betul ke Shy8 ni penari kebudayaan sebab dia ni asyik goyang tangan dia je….tak lenguh ye.. dah jadi trademark dia..sebab banyak orang duk pikior yang dia ni buleh menari, sebelum kepala awok pening..cer cerite cer cerita hehe…Nuriz pulak yang cakap perak ni!! kata Usop atau Shy8ni, dia bukan le penari tapi eksyennn je lebihh..oo gitu rupanye.
Shy8 ni kabarnye bekerja tetap di sebuah syarikat korporat yang terbabit dalam industri minyak dan gas sebagai pengurus komunikasi korporat..

Watak Usop dalam Hantu Kak Limah ni walaupun dia jadi cacat, tapi watak dia tetap menyerlah dan tak terhad sebab Usop buleh bangun dan lari bersama – sama wilca nya ..ahahah!! lawak lawak!! Eh! silap bukan wilca la…wheelchair!..tu le pentingnya english edukesyenn..kata Usop (sambil melenggangkan tangannya…hehehe!! cuba korang bayangkan)
Pandai Mamat Khalid memasukkan elemen nasihat ye…supaya orang kampung belajar english..supaya tak ketinggalan :)

Hantu Kak Limah memang lawak giler…

Shy8 a.k.a Usop Wilca (Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Dialog Usop Wilca dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah…”awak esok.. kalao kawen.. awak nak buat pelamin seme pink!! , pastu kalo awak dah ada anok esok.. awok nak buat press conference macam si Erra pazira buat tu..! bior seme pink! “!! beriye dia citer.. awie kt sebelah geli geleman mendengor nya..! hehehe!!
awak=saya dalam bahasa perak

Usop Wilca

Ingatkan watak Usop Wilca ni? Usop dalam Zombi Kampung Pisang dah jadi Usop Wilca.
Siapa Usop Wilca watak dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni yang telah mendapat kutipan 8.12 juta..cer cerite… cer cerita…hehe!!
Nama sebenar dia Syed Mohamad Asri atau (Shy8), dia terlibat dalam dunia lakonan apabila Mamat Khalid suruh dia berlakon dalam Zombi Kampung Pisang. Kata Shy8 dia ni pemalu sebenor nye bila depan kamera, sebab dia tak biasa berlakon. Tengok la ni…kemain lagi… watak Usop Wilca semakin dikenali dan diminati ramai kerana watak lembut yang dibawak dalam Hantu Kak Limah dan Zombi Kg Pisang.
Betul ke Shy8 ni penari kebudayaan sebab dia ni asyik goyang tangan dia je….tak lenguh ye.. dah jadi trademark dia..sebab banyak orang duk pikior yang dia ni buleh menari, sebelum kepala awok pening..cer cerite cer cerita hehe…Nuriz pulak yang cakap perak ni!! kata Usop atau Shy8ni, dia bukan le penari tapi eksyennn je lebihh..oo gitu rupanye.
Shy8 ni kabarnye bekerja tetap di sebuah syarikat korporat yang terbabit dalam industri minyak dan gas sebagai pengurus komunikasi korporat..

Watak Usop dalam Hantu Kak Limah ni walaupun dia jadi cacat, tapi watak dia tetap menyerlah dan tak terhad sebab Usop buleh bangun dan lari bersama – sama wilca nya ..ahahah!! lawak lawak!! Eh! silap bukan wilca la…wheelchair!..tu le pentingnya english edukesyenn..kata Usop (sambil melenggangkan tangannya…hehehe!! cuba korang bayangkan)
Pandai Mamat Khalid memasukkan elemen nasihat ye…supaya orang kampung belajar english..supaya tak ketinggalan :)

Hantu Kak Limah memang lawak giler…

Sunday, March 6, 2011

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kematian, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

  • 'Pertama, orang yang meninggalkan solat
  • Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
  • Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapanya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  • Kelima, orang yang suka minum arak.

Wallahu'alam

Wednesday, March 2, 2011

sepit kain oh sepit kain......

03/03/2011
3.14 pm :

Lawok ngoh la...tghari td aku balik kt umoh jap sbb aku nk ambik brg.....panas giler siot.....itam pah kulit aku ne......mase aku ngah bwk moto,aku terserempak ngan sorang abg ne.....laju giler bwk moto....siap motong aku ag.....aku terkejut gak....tibe2......aku tgk pe yg de kt belakang badan abg tuh....sepit kain rupenye....aku tergelak sorg la.....aku cube nk bgtau kt abg tuh,tp laju giler die bwk moto....aku dengan nekadnye terus memecutkan moto kapcai aku utk kejor abg tuh.....bile aku dh seiring dan sejalan ngan abg tuh....aku pun hon la kt die....die wak dono je...last2 aku buke viser aku,aku dun terus sound kuat2 kt abg tuh..."Abg,de sepit bj kt belakang tuh"...terkejut abg tuh ngan aku.....die pun check la blakang die....abg tuh tersenyum sorg2......aku pe lg.....HAHAHAHAHAHAHAHAHA........:)

p.s : check dulu pe2 sblm anda memulakan perjalanan anda...sekian....

Saga vs Wira

03/03/2011
10.52 am :

Ne la sikap pemandu dan penunggang motosikal di Malaysia ne.....Terdapat segolongan mereka ne mmg x dop sikap bersabar langsung.......pagi tadi mase aku otw g keje,aku bertembung ngan 2 buah kete ne....1 kete proton saga lama n satu lagi kete wira (enjin turbo tuh).....yg si saga ne suke menyelit2 di sebalik kesesakkan lalu lintas....dh la kt tuh potong Q lps tuh nk nyelit2 lak...nasib baik la bg signal.....yg si wira ne lak (yg enjin turbo) bengang ngan si saga ne....dh la nyelit pastuh lembab lak...pe ag,si wira ne tekan enjin (bunyi vroom yang kuat) n x bg can langsung kt si saga ne....lepas tuh si wira ne lak terus potong depan si saga sambil hon....si saga ne bengang,terus potong n duk side jln slah si wira tuh....pemandu si saga tuh org tue manakala si wira lak org mude....duk berlumbe lak.....masing2 nk tunjuk marah lah....aku ckp kt diri aku sendiri,mtk2 la eksiden diorg ne....(jahat lak aku).....last2 aku suke sorg bile tgk gelagat diorg....hahahahahaha

p.s : bodo tahap cipan....tue bangke tp perangai cm budak2....

Sunday, February 27, 2011

motor....oh motor....




28/02/2011
12.01 pm :

Motor....sape x suke motor...??? Aku paling suke naik motor drpd kereta...leceh la naik kete time jln jem....biar la kene ujan,kene panas....aku rela demi kerana mu motor...hahahaha....jiwang lak....walaupun aku pernah eksiden ngan motor kesayangan aku (Honda Icon) pada 12/01/2010,tp ia tetap x akan merubahkn pendirian aku......(setia la kononnye).....

tp.....
kalo kite tgk lelaki bonceng pompuan,kt x rase pelik kn....tp kalo kt tgk pompuan bonceng lelaki,kt rase pelik lop....sbb pe ek?

sbbnye : (berdasarkan penyelidikan aku sendiri ke atas beberapa orang)



1. Lelaki tuh nk ambik kesempatan
2. Lelaki tuh x dop lesen (hahahaha) (nk sgt g dating tuh,tp x dop lesen)
3. Lelaki tuh over....nk suh pompuan yg bonceng die

tp kn, aku tgk mmg janggal la kalo pompuan bonceng lelaki...cian la kt pompuan tuh...awk tuh lelaki...lelaki la kene bimbing pompuan,bkn pompuan bimbing lelaki.....

pe2 hal,di harap x la berlaku pe2 yg x patut la n mapuh g la org nk kate pe....asalkn kt x wak dose dh la.....wallahualam......